Shaiful Shamsudin
Thu Apr 07 2022

CHELSEA 1 REAL MADRID 3
Thomas Tuchel menyelar prestasi babak pertama Chelsea dalam kekalahan kepada Real Madrid, awal pagi tadi, sambil menyifatkan ia sebagai antara yang paling teruk yang pernah disaksikannya di Stamford Bridge.
Penyandang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) itu berdepan tugas perit menjelang pertemuan timbal balik suku akhir selepas terkulai 1-3 kepada Madrid yang diilhamkan oleh Karim Benzema.
Hatrik Benzema itu terbukti penting untuk membolehkan bekas pengurus The Blues, Carlo Ancelotti -- bertolak ke London semalam sebaik diuji negatif COVID-19 -- menikmati kemenangan sekembalinya dia ke sana.
Pemain antarabangsa Perancis itu meletakkan Los Blancos dalam kawalan penuh menerusi dua tandukannya dalam separuh masa pertama -– di mana tuan rumah hanya memenangi 14 daripada 36 perlawanan -– sambil memanfaatkan kesilapan Edouard Mendy untuk melengkapkan hatriknya sejurus perlawanan bersambung.
Ia kekalahan berturut-turut di tempat sendiri buat pasukan kendalian Tuchel itu yang turut dibelasah 1-4 oleh Brentford dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), hujung minggu lalu.
Aksi seterusnya melibatkan The Blues ialah kunjungan ke Southampton hujung minggu ini sebelum perlawanan timbal balik di Santiago Bernabeu, Rabu depan.
Pengurus berbangsa Jerman itu tidak berselindung terhadap penilaian prestasi anak buahnya dan khuatir dengan kesannya sekiranya pemainnya tidak meningkatkan tahap persembahan mereka.
Dia memberitahu BT Sport: "Ia adalah satu kekalahan yang perit. Ia adalah salah satu babak pertama yang paling teruk yang saya pernah lihat di Stamford Bridge. Baik secara individu mahupun sebagai satu pasukan, ia tidak memadai.
“Separuh masa pertama jauh daripada mana-mana standard yang kami tetapkan sendiri dan kami tidak boleh merungut apabila kalah.
"Kami memiliki 12 peluang dalam separuh masa kedua. Sentiasa ada peluang untuk bangkit dan memenanginya tetapi apabila anda membunuh permainan sendiri selepas 45 minit, ia menjadi semakin sukar.
"Jika kami terus beraksi seperti ini, kami akan kalah di Southampton dan kemudian kami akan dibelasah lagi di Santiago Bernabeu."

Christensen dalam persimpangan tinggalkan Chelsea
Andreas Christensen mengakui sempat berada dalam persimpangan untuk membuat keputusan sukar meninggalkan Chelsea tatkala pemain antarabangsa Denmark itu dijangka menyertai Barcelona secara percuma.

Kepa akan bincang masa depan di Chelsea, mahu beraksi lebih banyak
Kepa Arrizabalaga berkata dia akan berbincang dengan Thomas Tuchel tentang masa depannya di Chelsea sambil memberikan mesej yang jelas bahawa dia mahu beraksi dalam lebih banyak perlawanan.

Terjunan bebas Lukaku mungkinkah ada akhirnya?
Bagaimana agaknya huraian terbaik untuk menggambarkan penyerang sensasi bernama Romelu Lukaku?

Lukaku mampu jadi 'perbezaan besar' kepada Inter -- Zola
Romelu Lukaku boleh membuat 'perbezaan besar' kepada jentera serangan Inter sekiranya dia kembali ke kelab itu dari Chelsea, menurut legenda Blues, Gianfranco Zola.

Totti terkejut Lukaku mahu kembali ke Inter
Francesco Totti terkejut bahawa Romelu Lukaku boleh kembali ke Inter tetapi berpendapat dia 'mahu kembali ke tahap terbaik'.

Dembele mahu kekal di Barca, anggap sepakulasi ke Chelsea khabar angin
Ousmane Dembele mahu kekal bersama Barcelona dan menganggap spekulasi yang mengaitkannya dengan Chelsea sebagai khabar angin.

Sacchi beri amaran hasrat Inter bentuk trio serangan Lukaku-Dybala-Martinez
Inter tidak boleh bergantung kepada rangkaian serangan yang dijana Romelu Lukaku, Paulo Dybala dan Lautaro Martinez kerana ia hanya akan membuat pertahanan pasukan asuhan Simone Inzaghi itu terdedah.

Gilmour kekal di Chelsea hingga 2024
Chelsea memilih untuk melanjutkan kontrak setahun buat Billy Gilmour, sekali gus akan bersama kelab itu sehingga 2024.

Cech optimis Lukaku akan kembali temui sentuhan terbaik
Petr Cech menegaskan dia mempunyai 'keyakinan penuh' Romelu Lukaku akan menemui prestasinya semula untuk Chelsea selepas kembali mengecewakan ke Liga Perdana Inggeris (English Premier League).

Martinez mahu kekal di Inter daripada sertai Chelsea
Lautaro Martinez mengulangi keinginannya untuk kekal di Inter Milan walaupun terdapat spekulasi mengaitkannya dengan Chelsea.

Wimbledon: Tan 'really scared' to face Williams before three-set triumph
At her first Wimbledon, Harmony Tan defeated 23-time grand slam winner Serena Williams in the opening round on Tuesday.

Wimbledon: Serena Williams stunned by Tan in three-set marathon
Serena Williams played her first singles game in a year but could not get past Harmony Tan in a superb three-set encounter.

'Everyone got it and we said nothing' - Cornet claims players stayed quiet over French Open COVID-19 cases
After Wimbledon was hit by two COVID-19 cases on Tuesday, Alize Cornet claimed there was an outbreak at Roland Garros.

Wimbledon: Nadal refuses to blame injury after unconvincing Cerundolo win
After dropping the third set in his Wimbledon victory over Francisco Cerundolo, Rafael Nadal did not want to discuss his foot injury.

Man Utd's Malacia agreement revealed by Feyenoord director
Manchester United could be set to add competition at left-back if Tyrell Malacia agrees to make a move to Old Trafford.

Newcastle confirm agreement to sign Botman
Newcastle United have beaten Milan to the signing of Sven Botman, the highly rated Netherlands Under-21 centre-back.

India see off Ireland with four-run victory in thriller
Ireland came agonisingly close to a famous win over India, but the tourists took the second T20I with a four-run win on the final ball.

Wimbledon: Nadal overcomes Cerundolo scare
It was not all plain sailing for Rafael Nadal, but the legendary Spaniard sealed his place in the second round at SW19.

Red Bull sack reserve driver Vips
Red Bull have sacked Juri Vips following alleged racial language used during an online gaming stream.

Wimbledon: Lopez equals Federer record, Cornet draws level with Sugiyama
Feliciano Lopez matched a feat achieved by Roger Federer at Wimbledon, but he was unable to celebrate with a victory.