Selepas sekian lama menyepi, pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, akhirnya memaklumkan bahawa dia baru sahaja menjalani pembedahan jantung di Melbourne, Australia pada 21 April lalu.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu dilaporkan menghidap anomalous aortic origin of a coronary artery (AAOCA) dan perlu berehat sekurang-kurangnya untuk enam bulan selepas pembedahan itu.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, Azizulhasni berkata misinya untuk memburu pingat emas dalam Sukan Olimpik Paris 2024 akan tetap diteruskan demi negara.
"Jika ditanya apa yang menjadi motivasi saya (untuk terus memburu pingat emas dalam Sukan Olimpik Paris 2024), sudah pasti anak-anak, isteri dan keluarga saya, termasuk juga pihak-pihak seperti MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Institut Sukan Negara), MOM (Majlis Olimpik Malaysia), PKBM (Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia) dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan).
"Merekalah yang memberikan sokongan sepenuhnya buat saya, termasuklah juga penaja saya.
"Untuk tahun ini, bagi saya memang hanya untuk pemulihan dahulu dan saya rasa untuk tahun depan dan tahun berikutnya, sepatutnya tiada masalah untuk saya menyertai kejohanan.
"Saya sudah berbincang dengan pasukan, termasuk jurulatih John Beasley, dan kalau semuanya berjalan lancar, Insya-Allah misi saya untuk ke Paris masih lagi cerah dan disebabkan itu, saya perlu pulih sebaik mungkin, tidak boleh terburu-buru dan melakukan perkara yang betul," katanya.
Muzaffar Musa
Sun May 01 2022


Azizulhasni teruskan misi emas Paris 2024 selepas jalani pembedahan jantung
Selepas sekian lama menyepi, pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, akhirnya memaklumkan bahawa dia baru sahaja menjalani pembedahan jantung di Melbourne, Australia pada 21 April lalu.

ASN: Azizulhasni, Tan Cheong Min dinobat Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan
Jaguh berbasikal Trek Negara, Datuk Azizulhasni Awang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan dalam Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019-20 di ibu negara sebentar tadi.

Velodrom Azizulhasni Awang dalam Kategori 4 UCI, tidak akan anjur kejohanan antarabangsa
Penilaian awal Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) terhadap Velodrom Azizulhasni Awang di Dungun, Terengganu mendapati venue itu boleh diletakkan dalam kategori 4 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Azizulhasni kekal sandaran emas di Paris 2024
Bekas pelumba berbasikal trek negara yang beraksi dalam tiga Sukan Olimpik, Josiah Ng, kekal dengan pendiriannya mengenai butiran pingat emas sulung Sukan Olimpik.

Tokyo 2020: Perdana Menteri ucap tahniah buat Azizulhasni
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menzahirkan ucapan tahniah buat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, susulan kejayaan meraih pingat perak dalam acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.

Tokyo 2020: Azizulhasni penyelamat kempen kontinjen negara
Kejayaan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, merangkul pingat perak pada hari terakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyelamatkan kempen kontinjen negara biarpun impian peribadi The Pocket Rocketman untuk menggenggam pingat emas masih tertangguh.

Apabila pingat perak bernilai emas…
Analisis awalnya lebih kurang berbunyi Datuk Azizulhasni Awang dipisahkan cuma satu perlumbaan lagi daripada pingat emas Olimpik yang didambakan seluruh rakyat Malaysia sejurus mengesahkan tempat ke final di Velodrom Izu di Shizuoka pagi tadi.

Tokyo 2020: Azizulhasnio atasi juara dunia raih pingat perak
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menamatkan penantian pingat emas Sukan Olimpik pertama Malaysia apabila muncul juara keirin Tokyo 2020 di Velodrom Izu, sebentar tadi.

Tokyo 2020: Kayuhan Shah Firdaus terhenti di suku akhir, Azizulhasni mara ke final
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menepati ramalan apabila mara ke final acara keirin sementara seorang lagi wakil negara, Shah Firdaus Sahrom menamatkan saingan di pusingan suku akhir.

Tokyo 2020: Azizulhasni pamer dominasi, Shah Firdaus bangkit penuh terpuji
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan gambaran awal bertapa dia akan berusaha sebaik mungkin untuk membutirkan pingat emas pertama negara apabila mengungguli pusingan saringan acara Keirin sebentar tadi.

SEA Games: Tang Jie-Yen Wei win Malaysia's first mixed doubles gold in 23 years
Chen Tang Jie-Peck Yen Wei picked up their biggest career title with a mixed doubles gold medal after coming a game down to beat national team-mates Hoo Pang Ron-Cheah Yee See 15-21, 21-19, 21-13 at the 2021 SEA Games.

French Open: Leading men on collision course, Jabeur bids to stop Swiatek
Rafael Nadal won the Australian Open at the start of the year, but can he add a 14th French Open title? And will Iga Swiatek win a second?

Heat hold out without Butler in Boston to take Game 3
The Miami Heat took Game 3 of the Eastern Conference Finals on Saturday in a 109-103 win, as an injured Jimmy Butler missed the second half.

US PGA Championship: Leader Pereira will try to 'not even look' at final-day crowds
Without a PGA Tour win, Mito Pereira leads the US PGA Championship heading into Sunday's final round after a one-under 69 on Saturday.

US PGA Championship: Woods withdraws for first time in his career
PGA Championship: Woods withdraws

US PGA Championship: Pereira steadies in chaotic conditions to lead into final round
Mito Pereira leads the PGA Championship after 54 holes at Southern Hills, shooting a one-under 69 amid difficult conditions on Saturday.

Juventus to bring in more exprience ahead of 2022-23 campaign, says Allegri
Juventus will replace the likes of Giorgio Chiellini and Paulo Dybala with similarly experienced players, according to Massimiliano Allegri.

Carlos Sainz targets home Spanish Grand Prix glory as Ferrari team-mate Leclerc takes pole
Carlos Sainz would love to land his first Formula One race win at the Spanish Grand Prix, after earning a string of points-scoring finishes.

'It's a perfect evening' - Marquinhos salutes Mbappe and Di Maria on momentous day for PSG
Marquinhos praised Kylian Mbappe and Angel di Maria for the contributions they made on what was a momentous day for Paris Saint-Germain.

Fiorentina 2-0 Juventus: Sorry send-off for Chiellini and Dybala
Long-serving Giorgio Chiellini and Paulo Dybala played for Juventus for the final time before departing for pastures new.