Nottingham Forest melengkapkan proses menandatangani pemain kebangsaan Ghana, Andrew Ayew, secara perpindahan percuma.

Penyerang berusia 33 tahun itu menjadi pemain ke-30 ditandatangani kelab itu sejak penghujung musim lalu dan dapat menyertai pasukan itu selepas jendela perpindahan ditutup memandangkan dia berstatus ejen bebas.

Ayew, yang turut dikaitkan dengan perpindahan ke Everton, menandatangani kontrak bersama pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk tempoh sehingga penghujung musim ini.

Selepas meninggalkan kelab Qatar, Al Sadd, Ayew kembali ke England, di mana dia pernah mewakili Swansea City dan West Ham dari 2015 hingga 2021.

Ayew juga akan kembali berkhidmat di bawah bimbingan Steve Cooper, yang pernah melatihnya sewaktu bersama Swansea sebelum ini.