Perancis akhirnya terpaksa tunduk dengan tuntutan Kylian Mbappe berhubung hak imej pemain yang menyaksikan Konfederasi Bolasepak Perancis (FFF) meminda perjanjian itu.

Mbappe antara bintang utama Perancis bagi mempromosikan penaja dalam bulan-bulan akan datang, menjelang Piala Dunia Qatar November depan.

Begitupun, penyerang Paris Saint-Germain (PSG) tersebut bertindak memboikot sesi bergambar dengan penaja pasukan kebangsaan dan kekecohan itu sudah pun diselesaikan.

"FFF berbesar hati untuk mengusahakan perjanjian baru yang akan membolehkannya mengekalkan kepentingannya sambil mengambil kira kebimbangan dan sabitan sah yang dinyatakan secara sebulat suara oleh barisan pemain," menurut badan induk itu dalam satu kenyataan seperti yang diumumkan Presiden FFF, Noel Le Graet, di media sosial.




Begitupun, Le Graet menegaskan soal imbuhan Piala Dunia akan kekal sekalipun terdapat tuntutan bahawa ia harus diselesaikan sebelum kempen di Qatar.

"Kesimpulannya kekal: tiada perubahan hingga Piala Dunia, hal sama rata antara semua pemain ini adalah sempurna.

"Terus terang, tiada masalah besar yang perlu ditangani. Sebaliknya. Ia dilakukan dalam pertemuan yang sangat mesra dengannya terlebih dahulu, kemudian orang lama dalam persekutuan ini, pemain," katanya seperti yang dipetik daripada RMC.