Muzaffar Musa
Sat Jan 08 2022

Pemain tengah Manchester United, Fred, menafikan bahawa terdapat ketegangan di bilik persalinan Manchester United dan menganggapnya sebagai satu berita palsu.
The Red Devils mempamerkan aksi longlai ketika tewas 0-1 kepada Wolves awal pagi Selasa lalu -- kekalahan pertama di bawah bimbingan Ralf Rangnick -- sehingga timbul desas-desus bahawa beberapa pemain sudah mula memikirkan untuk 'angkat kaki'.
Khabar angin itu mendakwa seramai 17 pemain United sedang memikirkan untuk meninggalkan kelab itu bulan ini atau pada penghujung musim ini.
Nama Fred turut dikaitkan dengan laporan itu, di mana pemain berusia 28 tahun berkenaan hanya diturunkan beraksi selama seminit dalam dua perlawanan liga terakhir walaupun muncul penjaring gol kemenangan ke atas Crystal Palace pada permulaan era Rangnick.
Bagaimanapun, pemain kebangsaan Brazil itu berkata dakwaan berkenaan merupakan sesuatu yang tidak benar dan dia masih gembira bersama kelab itu.
Dia menulis dalam laman sosialnya: "Sepanjang beberapa hari ini, saya ada terbaca beberapa berita palsu melibatkan nama saya dan beberapa atlet MUFC. Saya bukannya seorang yang gemar menjawab soalan kontroversi secara umum tetapi kali ini, saya perlu melakukannya.
"Saya hanya mahu katakan yang saya amat gembira di sini dan saya tidak pernah meluahkan sebarang ketidakpuasan hati dan kemungkinan untuk saya meninggalkan kelab ini.
"Jangan terpengaruh dengan berita palsu. Kami akan terus berusaha dengan dedikasi yang hebat untuk mencapai matlamat kami," katanya.
Fred telah beraksi sebanyak 19 kali dalam kesemua kejohanan musim 2021-22 dan menjaringkan dua gol.
United kini berada di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris selepas 19 perlawanan dan telah tewas sebanyak enam kali.
Mereka akan berdepan Aston Villa bimbingan Steven Gerrard dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford awal pagi Selasa ini.

Daripada ditertawakan, Spurs sudah mampu ketawa lega
Bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) tiada ruang buat individu yang lemah semangat – seperti yang harus didapati oleh Antonio Conte selepas berakhir saingan musim 2021/22 ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 negara bersemangat buru gangsa
Demi maruah negara.

Sukan SEA Hanoi: Gol masa tambahan Tien Linh sekat hajat Malaysia ke final
Gol masa tambahan daripada Nguyen Thien Linh menyekat hajat skuad B-23 negara untuk ke final acara bola sepak Sukan SEA Vietnam selepas tewas 0-1 dalam aksi separuh akhir di Stadium Viet Tri, Phu Tho sebentar tadi.

Liga Super: JDT bangkit ikat Sri Pahang
Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Sri Pahang FC 2-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Skuad negara tidak perlu gentar aura tuan rumah
Malaysia berdepan misi getir untuk melangkah ke pentas akhir apabila terpaksa membuat perhitungan dengan juara bertahan merangkap penganjur Sukan SEA Hanoi, Vietnam, selepas muncul naib juara Kumpulan B.

Liga Super: Sabah rampas tangga kedua selepas tewaskan Penang
Sabah FC melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas menewaskan Penang FC 4-2 di Stadium Bandaraya sebentar tadi.

Malaysia B-23 masih punya kelebihan ke atas Vietnam
Keputusan seri dengan Kemboja dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B meletakkan pasukan Malaysia bawah 23 berkedudukan di tangga kedua di belakang pasukan Gajah Putih, Thailand.

Sukan SEA Hanoi: Maloney tidak menyesal rombak kesebelasan utama
Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Brad Maloney, tidak menyesal dengan keputusannya merombak kesebelasan utama Harimau Malaya sehingga terikat 2-2 dengan Kemboja dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, Sukan SEA Hanoi 2021 petang tadi.

Sukan SEA Hanoi: Barisan Brad Maloney pilih laluan berliku
Skuad B-23 negara berisiko kehilangan status juara Kumpulan B acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas terikat 2-2 dengan Kemboja di Stadium Thien Truong, Nam Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Malaysia kekal kedudukan teratas selepas seri dengan Singapura
Skuad B-23 tahun negara mengekalkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan B acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas terikat 2-2 dengan Singapura di Stadium Thien Truong, Nam Dinh sebentar tadi.

It's his loss, France 2-0 Spain: How the papers reacted to Mbappe renewing at PSG and snubbing Madrid
The front pages in Spain and France were naturally dominated by Kylian Mbappe's decision to stay at PSG and turn down Real Madrid.

SEA Games: Tang Jie-Yen Wei win Malaysia's first mixed doubles gold in 23 years
Chen Tang Jie-Peck Yen Wei picked up their biggest career title with a mixed doubles gold medal after coming a game down to beat national team-mates Hoo Pang Ron-Cheah Yee See 15-21, 21-19, 21-13 at the 2021 SEA Games.

French Open: Leading men on collision course, Jabeur bids to stop Swiatek
Rafael Nadal won the Australian Open at the start of the year, but can he add a 14th French Open title? And will Iga Swiatek win a second?

Heat hold out without Butler in Boston to take Game 3
The Miami Heat took Game 3 of the Eastern Conference Finals on Saturday in a 109-103 win, as an injured Jimmy Butler missed the second half.

US PGA Championship: Leader Pereira will try to 'not even look' at final-day crowds
Without a PGA Tour win, Mito Pereira leads the US PGA Championship heading into Sunday's final round after a one-under 69 on Saturday.

US PGA Championship: Woods withdraws for first time in his career
PGA Championship: Woods withdraws

US PGA Championship: Pereira steadies in chaotic conditions to lead into final round
Mito Pereira leads the PGA Championship after 54 holes at Southern Hills, shooting a one-under 69 amid difficult conditions on Saturday.

Juventus to bring in more exprience ahead of 2022-23 campaign, says Allegri
Juventus will replace the likes of Giorgio Chiellini and Paulo Dybala with similarly experienced players, according to Massimiliano Allegri.

Carlos Sainz targets home Spanish Grand Prix glory as Ferrari team-mate Leclerc takes pole
Carlos Sainz would love to land his first Formula One race win at the Spanish Grand Prix, after earning a string of points-scoring finishes.

'It's a perfect evening' - Marquinhos salutes Mbappe and Di Maria on momentous day for PSG
Marquinhos praised Kylian Mbappe and Angel di Maria for the contributions they made on what was a momentous day for Paris Saint-Germain.