Skuad skuasy lelaki negara meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Skuasy Remaja Dunia di Nancy, Perancis.

Ia persembahan cemerlang daripada barisan pemain negara yang menewaskan tuan rumah di suku akhir untuk tempat tiket ke separuh akhir buat kali pertama sejak 2014.

Skuad negara yang dibarisi dua pemain antaranya, Ameeshenraj Chandran, Joachim Chua dan Harith Danial Jefri menewaskan Perancis 2-0 sebelum kecundang kepada pilihan kedua kejohanan, England 2-1 di separuh akhir.