Shaiful Shamsudin
Mon Mar 20 2023

Kylian Mbappe mempunyai kualiti berkomunikasi untuk bertindak sebagai kapten Perancis, malah Didier Deschamps enggan mengambil kira prestasinya kebelakangan ini.
Ketua jurulatih Les Bleus itu baru-baru ini masih buntu untuk menamakan ketua pasukan tetap dan bintang Paris Saint-Germain (PSG) tersebut menjadi pilihan sementara bagi menggantikan Hugo Lloris yang bersara di peringkat antarabangsa.
Bercakap kepada Telefoot minggu lalu, Lloris berkata: "Ada seorang pemain yang semakin berkuasa dalam setiap aspek di dalam dan di luar padang, malah dalam fungsi bilik persalinan -- iaitu Kylian Mbappe."
Perancis bakal berdepan Belanda dalam kelayakan Euro 2024 Sabtu ini dan Deschamps berdepan soalan bertubi-tubi mengenai identiti ketua pasukan kebangsaan dalam sidang akhbarnya malam tadi. .
"Saya akan menggunakan beberapa hari pertama ini kumpulan untuk membincangkannya dengan pemain terbabit secara berkumpul," katanya selepas menawarkan jawapan yang sama minggu lalu.
"Jelas sekali, Kylian adalah salah seorang pemain itu.
"Jadi, anda akan tahu lebih banyak lagi apabila saya bertemu anda selepas ini. Dalam erti kata lain, sehari sebelum perlawanan.
"Saya fikir jika dia (Mbappe) mempunyai satu kualiti sebagai tambahan kepada segala kualitinya lain yang milikinya, ia disebabkan dia seorang yang cukup bagus, sangat bagus dalam komunikasi.
"Jadi, saya tidak fikir itu adalah masalah dalam aspek berkenaan. Apapun baiklah, saya tidak boleh memberitahu anda lebih banyak lagi kerana hari ini saya belum memuktamadkan keputusannya."

Kylian Mbappe tidak harapkan apa-apa daripada PSG
Kylian Mbappe berkata dia tidak mengharapkan 'apa-apa' daripada Paris Saint-Germain kerana penyerang itu gagal menyembunyikan kekecewaannya selepas kekalahan hari terakhir perlawanan saingan Ligue 1.

Ligue 1: Messi diejek, Mbappe jaring dua gol, PSG kian hampir pertahan gelaran
Dua gol Kylian Mbappe membantu Paris Saint-Germain (PSG) menghampiri gelaran Ligue 1 musim ini dengan membelasah Ajaccio 5-0 awal pagi tadi, pada ketika Lionel Messi kembali beraksi selepas digantung kelab itu.

Ligue 1: Kylian Mbappe berang PSG salah guna imejnya
Kylian Mbappe membidas Paris Saint-Germain (PSG) berhubung video promosi terbaru membabitkan tiket musim mereka selepas dia kerap diketengahkan dalam kempen itu.

Deschamps: Gandingan Mbappe-Griezmann nadi kemenangan atasi Belanda
Didier Deschamps berkata kekecewaan Antoine Griezmann kerana diabaikan sebagai kapten Perancis untuk Kylian Mbappe hanya 'bertahan dua minit'.

Kelayakan Euro 2024: Virgil van Dijk sedia berdepan ujian Mbappe
Virgil van Dijk menikmati cabaran yang bakal dihidangkan Kylian Mbappe ketika Belanda menentang Perancis dalam kelayakan Euro 2024.

Mbappe dedah Antoine Griezmann kecil hati tidak dilantik kapten Perancis
Kylian Mbappe mendedahkan Antoine Griezmann kecewa kerana tidak dpilih sebagai ketua pasukan Perancis, tetapi menegaskan ini tidak beerti dia bukannya lebih hebat daripada mana-mana pemain lain dalam skuad itu.

Kelayakan Euro 2024: Berita pelantikan Kylian Mbappe tersebar awal
Kylian Mbappe dilantik sebagi ketua pasukan baru Perancis secara rasminya selepas mendapat persetujuan daripada Didier Deschamps, awal pagi tadi.

Kelayakan Euro 2024: Kylian Mbappe ada kemahiran berkomunikasi
Kylian Mbappe mempunyai kualiti berkomunikasi untuk bertindak sebagai kapten Perancis, malah Didier Deschamps enggan mengambil kira prestasinya kebelakangan ini.

Kelayakan Euro 2024: Didier Deschamps sahkan Mbappe bakal jadi kapten Perancis
Kylian Mbappe merupakan calon utama untuk menjadi kapten skuad kebangsaan Perancis, demikian disahkan ketua jurulatih pasukan itu, Didier Deschamps.

Ligue 1: Mbappe selamatkan maruah PSG di laman Brest
Kylian Mbappe menjaringkan gol kemenangan dramatik Paris Saint-Germain (PSG) untuk menewaskan Brest 2-1 dalam perlawanan Ligue 1 di laman lawan awal pagi tadi tetapi ia bukanlah aksi yang meyakinkan selepas mereka tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

West Ham fans line streets to toast Europa Conference League champions
The Hammers beat Fiorentina 2-1 in Wednesday night’s final in Prague.

Jonny Evans back in Northern Ireland squad for Euro 2024 qualifiers
Evans missed March’s games due to injury.

Top seed Dan Evans suffers shock second-round exit at Surbiton
Evans lost to Canadian Gabriel Diallo but four British women are through to the quarter-finals.

Matt Fitzpatrick one off lead at Canadian Open as compatriot Aaron Rai sets pace
Rai was one of three players on five under par midway through the opening round.

India struggle for runs as Australia gain upper hand in World Test Championship
By stumps on day two India were 318 behind on 151 for five.

Dawson excited to see Messi head to MLS
Michael Dawson thinks that Lionel Messi, like David Beckham did, will help grow MLS as a competition.

Mark Hateley: Rangers need two new strikers who can outscore James Tavernier
Right-back Tavernier was Rangers’ top scorer in the league last season with 16 goals.

Mark Wilson: Celtic should get Brendan Rodgers back ‘in a heartbeat’ if they can
Rodgers is favourite to replace Ange Postecoglou as Hoops boss having left the post in 2019.

Ollie Pope admits England are searching for methods to unsettle Steve Smith
Smith ground India’s bowlers down with a meticulous 121 at the Oval.

Dan Evans’ Wimbledon preparations dented by defeat in Surbiton
The British number one suffered a surprise loss to Gabriel Diallo.