Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon, teruja untuk menghadapi aksi final Kejohanan Bola Sepak King's Cup berdepan Tajikistan di Stadium Chiang Mai malam esok.

Keterujaan itu lebih berkisarkan kepada aksi terbaik yang akan disajikan pemainnya selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Thailand, dalam perlawanan sebelum ini.

Baginya, Tajikistan hanya satu platform buat pasukannya kerana keutamaannya pada ketika ini adalah persembahan yang bakal ditampilkan oleh setiap pemain yang akan diturunkannya.

Pemahaman pemain terhadap perancangannya sehingga ia menjadi amat berkesan sudah cukup untuk membuatkan pengendali dari Korea Selatan itu berpuas hati.

"Saya amat teruja, saya tidak sabar untuk melihat reaksi pemain kami malam esok," katanya dalam sidang media seperti yang dipetik Nadi Arena.

"Mereka mempamerkan aksi yang mengejutkan saya dalam perlawanan terdahulu, sentiasa menyerang dan bertahan dengan amat baik, lebih daripada apa yang saya jangkakan.

"Harap-harap ia dapat dikekalkan dan saya juga yakin barisan pemain memiliki keyakinan yang mencukupi untuk mengatasi lawan kali ini," katanya.

‚Äč