108 pelumba memulakan peringkat kelima perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 dengan Youcef Reguigui daripada pasukan Terengganu Polygon Cycling menjadi nama terbaru yang terkeluar daripada saingan tahun ini.

Juara LTdL 2015 dari Algeria itu mengalami kecederaan teruk semalam berikutan terlibat dalam kemalangan 2km sebelum garisan tamat di Meru Raya.

Kesemua perlumba masih lagi bersama untuk sejam yang pertama perlumbaan dengan beberapa cubaan 'breakaway' dipatahkan peloton yang mengayuh dengan kelajuan purata 50km sejam.

Dalam laluan dari Kuala Kangsar menuju Kulim yang melibatkan kayuhan sejauh 172km itu, hanya satu zon KOM dilalui peloton dengan pelumba TSG, Jambaljamts Sainbayar, memungut mata penuh untuk menyamakan kedudukan dengan pendahulu Raja Bukit yang merupakan rakan sepasukannya, Nur Aiman Zariff.

11 pelumba kemudian melakukan mini breakaway yang menyaksikan Julius Van Den Berg (EF Education Easypost) dan Lionel Taminiaux (Alpecin–Deceuninck) mendahului kelompok sembilan lagi pelumba.

Kedua-duanya mengekalkan kedudukan di hadapan sambil dihambat Carter Beetles (Ara Pro Racing Sunshine Coast).

Dalam pecutan terakhir, kekuatan Taminiaux gagal ditandingi Van Den Berg dan Bettles yang menang dengan catatan masa 3'41:42 saat.


"Dari awal lagi saya cuba melakukan breakaway dan jelas sekali bukan saya seorang sahaja yang perancangan begitu.

"Semuanya melakukan kayuhan bertenaga jadi tiada siapa yang dapat melepaskan diri apabila saling memintas antara satu sama lain.

"Kira-kira 15 pelumba saling bersaing sengit jadi menuju ke garisan penamat saya sedar mula memecut.

"Saya berjaya menjarakkan diri tetapi saya sangka dapat memintas Taminiaux dalam jarak jauh.

"Kami masih ada beberapa peringkat lagi untuk diharungi jadi lihatlah bagaimana kelak," kata Van Den Berg.

Kredit imej: LTdL