Didier Deschamps memohon Perancis diberi ruang apabila cuba menyesuaikan diri dengan krisis kecederaan, tetapi Les Bleus berhasrat untuk turun dengan penuh bertenaga dengan objektif yang sama seperti sebelum ini.

Perancis sudah pun kehilangan Paul Pogba dan N'Golo Kante menjelang Piala Dunia Qatar dan kini kehilangan Christopher Nkunku dan Karim Benzema.

Juara bertahan itu bakal membuka kempen mereka menentang Australia, awal pagi Rabu ini, di sebalik ketidakpastian di kem mereka tetapi ketua jurulatih tersebut sama sekali tidak bimbang mengenai kedudukan Eduardo Camavinga sambil mengesahkan Raphael Varane cergas untuk menjadi taruhan utama.

Deschamps tetap berteguh dengan pendirian awalnya ketika ditanya adakah Perancis perlu mempertimbangkan semula pendekatan mereka malah sempat memohon sokongan daripada media.

"Kami amat bersemangat dengan barisan pemain yang ada," katanya.




"Saya tidak fikir kami tidak bercita-cita tinggi dan kurang keinginan untuk mengerahkan segala kudrat untuk sampai ke penghujung saingan. Tetapi kalau kami diberi sedikit ruang oleh media, ia bagus.

“Tetapi kami sedar harapan yang kami galas. Kami tidak mengira ayam kami sebelum ia menetas, kami sedar tentang tiga lawan yang menanti kami.

"Kami mengenali Australia dengan baik tetapi anda tidak bertanya kepada saya apa-apa tentang Australia. Ia sempurna."

Di sebalik kesukaran yang dihadapi, Deschamps berkata Les Bleus tidak khuatir sungguhpun juara tiga kali itu mungkin terkandas dalam pusingan pertama.