Shaiful Shamsudin
Sat Nov 05 2022

Ben Chilwell dijangka terlepas rombongan skuad England ke Piala Dunia Qatar selepas mengalami kecederaan hamstring serius, menurut laporan di Chelsea.
Chilwell terpaksa dikeluarkan dalam kemenangan 2-1 The Blues ke atas Dinamo Zagreb dalam Liga Juara-Juara (UCL) Khamis lalu dan secara tidak langsung menimbulkan kegusaran Graham Potter.
Pengurus Chelsea itu Potter berkata kecederaan berkenaan merupakan satu tamparan hebat buat mereka dengan memberitahu media: "Kami menaruh harapan memandangkan tidak kelihatan teruk ketika ujian mengimbas jadi tidak begitu seteruk tetapi ia mengecewakan kami."
Rakan sepasukan Chilwell di England, Mason Mount, mendedahkan ia adalah satu pengalaman pahit untuk melihat pertahanan kiri itu dilanda kecederaan, kurang tiga minggu sebelum Piala Dunia berlangsung dan kebimbangan Gareth Southgate akhirnya menjadi kenyataan.
Satu kenyataan yang dikeluarkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berbunyi: "Berikutan kecederaan yang dialami ketika kami menentang Dinamo Zagreb baru-baru ini, Ben telah menjalani imbasan di hamstringnya.
“Keputusan imbasan menunjukkan Ben mengalami kecederaan teruk dan pertahanan itu dijangka terlepas Piala Dunia.
"Ben kini akan memulakan program pemulihannya di bawah jabatan perubatan kelab."
Ketiadaan Chilwell ke temasya Qatar memburukkan lagi krisis di bahagian benteng skuad The Three Lions itu selepas masalah kecederaan turut menghantui Reece James dan Kyle Walker.

Jurgen Klopp keliru cara Chelsea berbelanja
Jurgen Klopp keliru bagaimana Chelsea boleh berbelanja selepas The Blues membawa masuk lapan pemain dalam jendela perpindahan bulan lalu.

EPL: Chelsea perlukan saya -- Silva mahu lanjut kontrak di Stamford Bridge
Thiago Silva menjangkakan dirinya akan melanjutkan kesepakatan baru di Chelsea dalam beberapa hari ini.

EPL: Chelsea pecah rekod pembelian termahal tandatangani Enzo Fernandez
Enzo Fernandez akhirnya melengkapkan perpindahan ke Chelsea, sekali gus menjadi pembelian termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas The Blues menebus klausa pelepasan sebesar £106.8 juta (RM560.87 juta) daripada Benfica.

Benfica akur akan hilang Enzo Fernandez kepada Chelsea
Roger Schmidt mengakui Benfica mungkin tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghalang perpindahan pemenang Piala Dunia, Enzo Fernandez, selepas pemain itu dilaporkan sedang diburu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea.

EPL: Perlawanan ke-1,000 Jurgen Klopp berakhir Liverpool seri dengan Chelsea
Dua pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sedang bergelut, Liverpool dan Chelsea, sekadar seri tanpa jaringan di Anfield, dalam aksi yang juga merupakan perlawanan ke-1,000 Jurgen Klopp sebagai pengurus.

EPL: Chelsea terus belanja besar dengan datangkan Madueke dari PSV
Chelsea menandatangani Noni Madueke daripada PSV, sekali gus menjadi pemain keenam ditandatangani mereka sepanjang jendela perpindahan bulan ini.

Chelsea: Edouard Mendy rehat panjang akibat patah jari
Penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy, selesai menjalani pembedahan jari yang patah yang dialaminya dalam latihan minggu ini.

Piala FA Inggeris: Graham Potter yakin tidak jadi mangsa pemilik baru Chelsea
Graham Potter optimis Todd Boehly tidak akan meneruskan legesi seperti Roman Abramovich tatkala Chelsea berjuang untuk menyelamatkan musim mereka.

Benfica ceria fikiran Enzo Fernandez kembali jernih selepas dibayangi Chelsea
Roger Schmidt tidak sabar-sabar lagi untuk mendapatkan semula khidmat Enzo Fernandez dalam latihan selepas mengisytiharkan fikiran pemain tengah Benfica itu sudah lapang sejurus kemenangan Liga Primeira, awal pagi tadi.

Potter persiap Raheem Sterling hadapi Manchester City
Graham Potter berkata permulaan mencabar Raheem Sterling di Chelsea sememangnya dapat difahami, tetapi pengurus itu menjangkakan anak buahnya tersebut akan terus berkembang menjelang pertemuan dengan bekas kelabnya, Manchester City.

Kane passes Greaves as Tottenham's outright record goalscorer
Tottenham striker Harry Kane is now out above Jimmy Greaves as the club's all-time leading scorer.

De Gea backs Sabitzer to step up in suspended Casemiro's absence
Casemiro's domestic ban coincides with Christian Eriksen's injury lay-off, but David de Gea is confident Manchester United can cope.

Ancelotti defends Vinicius after Mallorca defeat: 'All he wants to do is play football'
Carlo Ancelotti leapt to Vinicius Junior's defence after the Brazilian was fouled 10 times during Real Madrid's defeat at Real Mallorca.

Spurs boss Conte stays away after surgery as visitors Man City bench De Bruyne
Antonio Conte was continuing to heal at home after midweek surgery as his Tottenham side faced a huge game against Manchester City.

Gavins triumphs in dramatic Ras Al Khaimah Championship finale after twice finding water
Daniel Gavins looked to have thrown the Ras Al Khaimah Championship title away at the last on Sunday, but he recovered for a dramatic win.

Scudetto or Champions League? Napoli want both – Spalletti
Luciano Spalletti wants Napoli to "double down" and challenge for the Champions League as well as Serie A this season.

Taylor and Serrano to meet again on May 20 in Dublin
Amanda Serrano has become undisputed featherweight champion and will face off against Katie Taylor for a second time in May.

Cancelo deal doubts emerge as Bayern chief says paying Man City asking price is 'difficult to imagine'
Bayern Munich made a transfer scoop by bringing in Joao Cancelo on loan from Manchester City, and it may just be a short-term arrangement.

Thomas says Irving 'made the best decision for himself' with Nets trade demand
Kyrie Irving's trade demand has rocked the Brooklyn Nets before Thursday's trade deadline and caught his teammates off guard.

Real Mallorca 1-0 Real Madrid: Asensio penalty saved as Los Blancos fail to close gap on Barca
Real Madrid missed the chance to close the gap on Barcelona at the LaLiga summit as Nacho's own goal proved decisive against Real Mallorca.