Christopher Nkunku tercicir untuk Piala Dunia Qatar selepas penyerang Perancis itu mengalami kecederaan lutut dalam latihan awal pagi tadi.

Penyerang RB Leipzig itu diterjah Eduardo Camavinga ketika mereka bersaing merebut bola 50-50 sebelum dia terpaksa dibantu keluar dari padang.

Nkunku kemudian disahkan tidak akan ke Qatar selepas ujian mendedahkan dia terseliuh lutut kiri.

Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) menghantar fail perubatan Nkunku kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi membolehkan juara bertahan itu menyenaraikan penggantinya.

Dia dijangka akan digantikan oleh sama ada Wissam Ben Yedder, Moussa Diaby, Morgan Terrier atau Randal Kolo Muani.

Ketua jurulatih Les Bleus, Didier Deschamps, dan skuad itu dijadualkan berlepas ke pangkalan mereka di Doha hari ini.

Les Bleus akan memulakan kempen Kumpulan D Piala Dunia menentang Australia pada 22 Selasa sebelum menentang Denmark dan Tunisia.

Pemain berusia 25 tahun itu telah terlibat dalam 48 gol (37 jaringan dan 11 bantuan gol) tahun ini sambil Mbappe mendahului dengan 57 penglibatan gol (43 gol dan 14 bantuan jaringan).