Tanggal 31 Mac 2023 nampaknya menjadi tarikh keramat buat Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) apabila buat pertama kalinya, persatuan itu dipalit dengan kes gangguan seksual.

Ianya selepas laporan polis dibuat seorang atlet wanita berbasikal negara mengenai gangguan seksual terhadapa salah seorang jurulatihnya semasa latihan pada 30 Mac 2023.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill, PKBM memandang serius dakwaan tersebut dan bakal melakukan siasatan menyeluruh selain sudahpun membuat tindakan menggantung tugas jurulatih berkenaan sepanjang tempoh siasatan selain jurulatih itu tidak dibenarkan berkomunikasi dengan atlet terbabit.

"Saya boleh mengesahkan bahawa pihak PKBM telah menerima satu laporan polis mengenai terhadap seorang atlet wanita yang mengalami gangguan seksual terhadap salah seorang jurulatih yang bertanggungjawab melatih atlet tersebut," katanya.

"PKBM memandang serius perkara terutama melibatkan keselamatan atlet melibatkan gangguan seksual dan ia akan disiasat secara menyeluruh dan persatuan turut mengambil langkah untuk menggantung jurulatih tersebut serta tidak boleh berhubung dengan atlet terbabit."