Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar, menamatkan saingan final Sukan Komanwel Birmingham tanpa sebarang catatan di Stadium Alexander sebentar tadi.

Pememang pingat emas Sukan SEA Hanoi itu hanya dapat melakukan tiga lompatan, di mana kesemuanya dibatalkan.

Dua atlet India mendominasi acara itu dengan Eldhose Paul memenangi pingat emas menerusi lompatan sejauh 17.03m manakala Abdulla Aboobacker Narangolintevid pula meraih perak dengan 17.02m.

Wakil Bermuda, Ah-Nhai Perinchief, muncul atlet ketiga terbaik dengan catatan 16.92m.