Perenang negara, Khiew Hoe Yean, menamatkan aksi final 400m gaya bebas lelaki di tempat keenam yang menyaksikan podium didominasi peserta dari Australia.

Hoe Yean sudah pun dianggap mencapai matlamatnya apabila layak ke acara akhir pemburuan pingat pada hari pertama Sukan Komanwel Birmingham di Pusat Akuatik Sandwell itu, sebentar tadi, biarpun terlepas rekod kebangsaan, 3:43.90 saat, milik Welson Sim apabila mencatat 3:49.95s untuk menamatkan acara itu yang dikuasai Elijah Winnington.




Juara dunia tersebut selesa mengemudi acara itu dengan catatan 3:43.06s tanpa mampu disaingi rakan senegara, Sam Short (3:45.07s) dan Mack Horton (3:46.49s).

Dalam separuh akhir 50m kuak dada wanita, Phee Jinq Eng, menamatkan renangan di tangga ketujuh.

Dia memperbaiki catatan 32.80s yang dilakukannya di peringkat saringan.