Perenang negara, Khiew Hoe Yaen mencipta kejutan menerusi penampilan pertamanya dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila layak ke final acara 400 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik Sandwell sebentar tadi.

Atlet berusia 19 tahun itu menamatkan saringan ketiga di tempat keempat dengan catatan 3:50.03s.

Catatan itu turut melayakkannya ke final selaku perenang ketujuh terbaik daripda keseluruhan 21 peserta.

Hoe Yean seterusnya akan beraksi dalam pusingan saringan acara 200m gaya bebas lelaki malam esok sebelum akan turut bersaing bagi acara 200m kuak lentang lelaki dan 100m gaya bebas lelaki.

*Kredit foto: UCSI University