Atlet lompat tinggi yang sedang meningkat naik, Eizlan Dahalan, bertekad untuk menyambung legasi legenda negara, Lee Hup Wei, dalam Sukan SEA Hanoi pada Mei depan.
Menjelang penampilan pertamanya dalam temasya itu, Eizlan mahu mengekalkan reputasi Malaysia sebagai kuasa besar Asia Tenggara dalam acara itu, terutama selepas Hup Wei mengumumkan persaraannya baru-baru ini.
Sebagai rekod, Hup Wei merupakan pemenang empat pingat emas Sukan SEA manakala seorang lagu jaguh negara, Nauraj Singh, merupakan juara bagi edisi 2013, 2015 dan 2017.
Terdahulu, dalam Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan pada Disember lalu, Eizlan mengatasi Hup Wei untuk meraih pingat emas dengan catatan 2.14 meter.
Dia kini sedang berlatih secara bersendirian di Sabah sambil menunggu panggilan untuk memulakan program latihan kebangsaan di Majis Sukan Negara (MSN).
"Setakat ini, saya tidak meletakkan jangkakan daripada segi catatan kerana macam-macam boleh berlaku pada ketika itu," katanya kepada Nadi Arena.
"Saya harap dapat melakukan yang terbaik untuk mendapatkan catatan peribadi terbaik saya kerana saya yakin dapat melakukan catatan yang lebih baik dalam pertandingan itu.
"Seperti yang kita tahu, lompat tinggi merupakan sukan yang mampu menyumbangkan pingat emas buat negara dan ia dikekalkan dalam edisi lalu.
"Itu adalah cabaran buat kami, terutama ia adalah edisi pertama saya mewakili Malaysia.
"Sukan SEA akan berlangsung pada Mei depan, hanya sebulan sahaja lagi untuk melakukan persiapan.
"Saya harap dapat mengekalkan prestasi dan akan menjalani latihan secara konsisten," katanya.
Muzaffar Musa
Thu Mar 31 2022


Sukan SEA Hanoi: Thailand rampas status 'raja pecut' daripada Malaysia
Thailand merampas status 'raja pecut Asia Tenggara' daripada Malaysia selepas atletnya, Puripol Boonson, memenangi pingat emas acara pecut 100 meter Sukan SEA Hanoi 2021 di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Andre Anura tuai emas lompat kijang
Andre Anura Anuar meneruskan kecemerlangan kem olahraga negara dengan memenangi pingat emas acara lompat kijang Sukan SEA Hanoi 2021 di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Irfan Shamsuddin kekal 'raja' lempar cakera Asia Tenggara
Irfan Shamsuddin menepati ramalan untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya sejak 2013 apabila mengungguli acara lempar cakera Sukan SEA Hanoi 2021 di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Kuartet 4x100m lelaki negara pertahan pingat perak
Kuartet 4x100 meter negara mempertahankan pingat perak dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Stadium My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Queenie pecah rekod kebangsaan untuk raih perak lempar cakera
Atlet lempar cakera wanita negara, Queenie Ting, memecahkan rekod kebangsaan untuk memenangi pingat perak dalam Sukan SEA Hanoi di Stadium My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Rezeki tidak salah alamat untuk Nor Sarah raih emas
Rezeki tidak pernah salah alamat buat Nor Sarah Adi apabila memenangi pingat emas acara lompat bergalah dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Stadium My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Ziyad tetap bangga sumbang pingat gangsa buat negara
Atlet lontar peluru negara, Ziyad Zolkefli, tetapi berbangga menyumbangkan pingat gangsa buat Malaysia dalam Sukan SEA Hanoi 2021 biarpun turun dengan status atlet para.

Sukan SEA Hanoi: Jackie Wong rampas emas dalam kemenangan epik
Kontinjen olahraga Malaysia memastikan Lagu Negaraku berkumandang buat kali kedua sempena Sukan SEA Hanoi di Stadium Nasional My Dinh, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Grace Wong takluk semula baling tukul besi wanita
Grace Wong mengharumkan nama negara apabila merampas pingat emas Sukan SEA Hanoi, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Russel mungkin tidak dapat wakili negara kerana kecederaan
Pelari pecut negara dari Australia, Russel Alexander Nasir Taib, berkemungkinan tidak dapat mewakili Malaysia dalam Sukan SEA Hanoi bulan depan gara-gara kecederaan.

French Open: Leading men on collision course, Jabeur bids to stop Swiatek
Rafael Nadal won the Australian Open at the start of the year, but can he add a 14th French Open title? And will Iga Swiatek win a second?

Heat hold out without Butler in Boston to take Game 3
The Miami Heat took Game 3 of the Eastern Conference Finals on Saturday in a 109-103 win, as an injured Jimmy Butler missed the second half.

US PGA Championship: Leader Pereira will try to 'not even look' at final-day crowds
Without a PGA Tour win, Mito Pereira leads the US PGA Championship heading into Sunday's final round after a one-under 69 on Saturday.

US PGA Championship: Woods withdraws for first time in his career
PGA Championship: Woods withdraws

US PGA Championship: Pereira steadies in chaotic conditions to lead into final round
Mito Pereira leads the PGA Championship after 54 holes at Southern Hills, shooting a one-under 69 amid difficult conditions on Saturday.

Juventus to bring in more exprience ahead of 2022-23 campaign, says Allegri
Juventus will replace the likes of Giorgio Chiellini and Paulo Dybala with similarly experienced players, according to Massimiliano Allegri.

Carlos Sainz targets home Spanish Grand Prix glory as Ferrari team-mate Leclerc takes pole
Carlos Sainz would love to land his first Formula One race win at the Spanish Grand Prix, after earning a string of points-scoring finishes.

'It's a perfect evening' - Marquinhos salutes Mbappe and Di Maria on momentous day for PSG
Marquinhos praised Kylian Mbappe and Angel di Maria for the contributions they made on what was a momentous day for Paris Saint-Germain.

Fiorentina 2-0 Juventus: Sorry send-off for Chiellini and Dybala
Long-serving Giorgio Chiellini and Paulo Dybala played for Juventus for the final time before departing for pastures new.

Freiburg 1-1 RB Leipzig (aet, 2-4 pens): Tedesco's side seal first-ever DFB-Pokal triumph
RB Leipzig bounced back from the dismissal of Marcel Halstenberg to seal a first-ever DFB-Pokal win on penalties against Freiburg.