Pesanan jurulatih menjadi azimat buat atlet lompat tinggi wanita Perak, Ngu Jia Xin, untuk membuktikan kehebatannya di pentas Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 apabila berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi edisi 2018 hari ini.
Jia Xin berkata, jurulatih lompat tinggi kebangsaan, Alexander Gasparyan, mengingatkannya untuk meraih pingat dalam acara itu, lantas dia menyahut cabaran tersebut dengan penuh semangat dan ia membuahkan hasil.
"Dapatkan pingat hari ini (Jumaat)," katanya kepada Sinar Harian selepas acara itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Atlet kelahiran Pantai Remis itu berjaya melakukan lompatan 1.70 meter (m) sekali gus menewaskan pencabar lain untuk memastikan emas dalam genggaman.
Pingat perak pula diraih atlet Terengganu, Tuan Juliana Tuan Hassan (1.65m) manakala gangsa menjadi milik Melissa Choong En Xuan dari Pulau Pinang menerusi catatan 1.60m.
Jia Xin memberitahu, pencapaian itu bukan terbaik buat dirinya kerana sebelum ini dia pernah mencatat rekod peribadi 1.79 m tiga tahun lalu.
Atlet berusia 22 tahun itu berkata, Sukma menjadi medan terbaiknya memperbaiki rekod bagi memastikan dia layak untuk beraksi di Sukan SEA Kemboja tahun depan.
"Ini bukan pencapaian terbaik, namun saya gembira mampu merealisasikan impian jurulatih (Gasparyn) yang mahukan pingat emas pada Sukma 2022.
"Ini adalah penyertaan terakhir saya di Sukma kerana sudah melebihi umur dan berharap mampu memperbaiki pencapaian kerana matlamat adalah mahu beraksi di Sukan SEA tahun depan," jelasnya.
kredit: Sinar Harian
Wartawan Sukan Sinar
Fri Sep 16 2022


Jelajah Benua Olahraga Dunia: Azeem bakal beraksi di Jepun?
Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi, ironinya 'pulih' daripada kecederaan otot di bahagian kaki kanannya pasca daripada insiden yang meragut kilauan pingat emas pelari berusia 18 tahun itu pada saingan akhir 200 meter Sukma yang lalu.

Sukma MSN: Nurul Izzah belum puas emas kedua
Kayuhan padu pelumba berbasikal trek wanita Kedah, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, seakan-akan tidak boleh disekat apabila unggul mengumpul pingat emas keempat peribadi dalam Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022.

Sukma MSN: Ridwan Sahrom terkejut emas keirin hampir diragut
Acara final keirin Sukan Malaysia (Sukma) MSN lelaki diselubungi kontroversi serta tangisan penuh kelegaan buat pelumba negara, Muhammad Ridwan Sahrom, di Velodrom Nasional Malaysia di Nilai, sebentar tadi.

Sukma MSN: PABM tidak akan ubah peraturan
Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) tidak akan menukar peraturan di mana kesemua atlet daripada satu kontinjen dilarang bersaing di Sukan Malaysia (Sukma) kali ini, jika salah seorang daripada mereka gagal ujian doping.

Sukma MSN: Pengorbanan Nur Adibah tahan sakit berbaloi
Pengorbanan pelumba sensasi, Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad, menahan rasa sakit ternyata berbaloi apabila meraih emas kedua peribadi dalam acara lepas beramai-ramai perseorangan wanita Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 hari ini.

Sukma MSN: Pengakhiran indah buat Andre
Impian atlet Sabah, Andre Anura Anuar, untuk meraih pingat emas dalam tiga edisi Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 akhirnya terlerai setelah mengungguli acara lompat jauh, pada Jumaat.

Sukma MSN: Pesanan jurulatih lonjak semangat Jia Xin
Pesanan jurulatih menjadi azimat buat atlet lompat tinggi wanita Perak, Ngu Jia Xin, untuk membuktikan kehebatannya di pentas Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 apabila berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi edisi 2018 hari ini.

Sukma MSN: Kejutan emas Farrell kecewakan atlet Sukan SEA
Kejutan emas atlet Sabah, Farrell Glenn Felix Jurus, dalam acara lompat tinggi Sukan Malaysia (Sukma) MSN di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini apabila menewaskan pemenang pingat gangsa Sukan SEA Hanoi, Mohamad Eizlan Dahalan.

Sukma MSN: Cebelle akhiri kemarau emas
Atlet Wushu Selangor, Mandy Cebelle Chen, berjaya menamatkan penantian emas dalam penyertaan di Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 apabila mengungguli acara Taijiquan wanita hari ini.

Sukma MSN: Bryan lakar kejutan atasi juara dunia
Atlet wushu Melaka, Bryan Ti Kai Jie, melakar kejutan apabila meraih pingat emas dalam acara nanquan sekaligus menewaskan juara dunia 2019.

Guardiola looks to Barcelona great Cruyff lessons as Man City plan title charge
Manchester City are five points adrift of Premier League leaders Arsenal, though Pep Guardiola's side are no strangers to a title charge.

Neuer backs Sommer success as Bayern star questions goalkeeping coach dismissal
Bayern Munich will have to rely on Yann Sommer for the rest of the season, but the injured Manuel Neuer believes his side are in safe hands.

'It was never my intention to harm him' – Gabriel apologises for horrendous challenge on Vinicius
Vinicius Junior was on the end of a dangerous foul from Gabriel Paulista, who has apologised in a social media post.

Verstappen expects Hamilton title challenge 'if he has the car to do it'
Lewis Hamilton did not win a Formula One race in 2022 but Max Verstappen predicted a much tougher test in the coming season.

Potter still confident big-spending Chelsea will achieve Champions League qualification
Chelsea were held by Fulham on Friday but Graham Potter has no doubt the Blues will make the Champions League next term.

Booker 'rounding third' on recovery in further boost for Suns after Celtics victory
The Phoenix Suns earned a morale-boosting win over the Boston Celtics and had good news about the recovery of Devin Booker.

Billups lauds 'backs against the wall' Trail Blazers recovery
Chauncey Billups' Portland Trail Blazers staged a late fightback once more to overcome the Washington Wizards 124-116 on Friday.

Barcelona trip to test mentality of Sevilla side who went from Champions League to potential relegation scrap
Sevilla have been flirting with the bottom three this season. The last thing they need right now is a trip to Barcelona and Camp Nou.

Rumour Has It: Manchester City plan move for Brighton midfielder Alexis Mac Allister
Alexis Mac Allister has been one of the breakout stars this Premier League season, and the big hitters of the competition are circling.

Gareth Bale shows off impressive golf skills at AT&T Pebble Beach Pro-Am
It has been less than a month since Gareth Bale retired from professional football, and he has wasted no time finding new competition.