Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, mendapat tonik untuk bersaing dalam kejohanan Badminton Terbuka Denmark apabila bakal menggunakan raket baru dalam kejohanan itu.
Perkembangan itu diumumkan sendiri pemain berusia 24 tahun itu sambil memberitahu dia menandatangani kontrak penajaan bersama Victor, iaitu sebuah syarikat pengeluar barangan sukan dari Taiwan, sekali gus diberikan penghormatan untuk menggunakan raket model baru TK-Ryuga II, yang dilancarkan Ogos lalu.
"Anda semua mungkin perasan bahawa saya menggunakan TK-Ryuga baru-baru ini.
"Sepanjang bulan lalu, saya beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pasukan saya untuk menyelaraskan perancangan latihan dan meningkatkan prestasi. Saya mencadangkan perubahan raket saya.
"Bagaimanapun, pada masa ini, saya memutuskan untuk menggunakan TK-Ryuga, saya sudah gunakan untuk tempoh yang lama dan berharap dapat mengembalikan perasaan sebelum ini," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.
Zii Jia membuat hantaran berkenaan sebagai penjelasan kepada peminatnya yang menimbulkan persoalan di media sosial mengenai pertukaran raket pemain itu ketika sesi latihan.
Raket model TK-Ryuga boleh dianggap istimewa buat pemain nombor tiga dunia itu yang menyaksikan dia berjaya meraih kejuaraan Seluruh England 2021 ketika masih bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ketika itu turut ditaja Victor.
"Saya benar-benar berterima kasih kepada @victorsport_official kerana menerima idea saya dan meletakkan prestasi dan keperluan saya sebagai keutamaan. Sokongan dan kepercayaan mereka membolehkan saya menyahut cabaran ke depan.
"Saya sentiasa gembira mendapat sokongan kuat daripada pasukan saya, keluarga, semua peminat dan penaja saya. Saya akan melakukan segala yang mampu untuk mengembalikan Lee Zii Jia yang tidak gentar dan membuat permulaan yang baru," katanya.
Dalam kejohanan Terbuka Denmark, Zii Jia akan memulakan kempen menentang pemain Belanda, Mark Caljouw, dalam aksi pusingan pertama.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 13 2022


Fikiran Zii Jia masih celaru, kata pemerhati sukan tanah air
Pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia, boleh diibaratkan seperti orang buta bersilat sekiranya mengekalkan pendirian untuk tidak mempunyai jurulatih selepas tampil hambar tiga aksi permulaan musim 2023.

Lee Zii Jia perlukan jurulatih -- Roslin Hashim
Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim, berpandangan jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia, memerlukan seorang jurulatih profesional untuk keluar daripada badi tersingkir awal dalam kejohanan musim ini.

Ranking BWF: Zii Jia turun ranking, Aaron-Wooi Yik naik satu anak tangga
Khabar duka buat pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia apabila terpaksa akur tergelincir dua anak tangga ke kedudukan nombor empat dunia.

Terbuka India: Lee Zii Jia gagal ke suku akhir
Cabaran perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, dalam Kejohanan Badminton Terbuka India berakhir dalam pusingan kedua selepas tewas kepada pemain China, Li Shi Feng, lewat malam tadi.

Terbuka India: Zii Jia ke pusingan kedua, Tze Yong, Daren terkandas
Perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menenewaskan pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito, di New Delhi hari ini.

Victor suntik semangat Lee Zii Jia
Jaminan sokongan penajaan jenama Victor perlu dijadikan sebagai penyuntik semangat buat pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, untuk bangkit dalam kejohanan akan datang.

Terbuka Malaysia BWF: Lee Zii Jia waspada rali panjang Naraoka
Kehangatan Terbuka Malaysia BWF 2023 makin membara dengan bermulanya latihan rasmi di Stadium Axiata, hari ini.

Terbaik 2022 (30-21): JDT layak ke peringkat 16 terbaik ACL, Malaysia capai sasaran Sukan SEA Vietnam, Wai Ching jadi nombor satu dunia
Sempena ambang Tahun Baharu 2023, Astro Arena imbas kembali 50 kisah terbesar dalam sukan tempatan dan dunia sukan pada tahun 2022.

Sukan Olimpik Paris: Sembilan atlet dalam senarai awal Program Gold Paris 2024
Jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang, dan jaguh badminton, Lee Zii Jia, antara sembilan atlet yang tersenarai awal dalam Program Gold Paris 2024 menjelang Sukan Olimpik Paris.

Zii Jia berlatih di ABM situasi menang-menang -- Kenny Goh
Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh, berpandangan keputusan perseorangan profesional, Lee Zii Jia, bersetuju untuk berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) sebagai satu situasi menang-menang buat kedua-dua pihak.

Guardiola looks to Barcelona great Cruyff lessons as Man City plan title charge
Manchester City are five points adrift of Premier League leaders Arsenal, though Pep Guardiola's side are no strangers to a title charge.

Neuer backs Sommer success as Bayern star questions goalkeeping coach dismissal
Bayern Munich will have to rely on Yann Sommer for the rest of the season, but the injured Manuel Neuer believes his side are in safe hands.

'It was never my intention to harm him' – Gabriel apologises for horrendous challenge on Vinicius
Vinicius Junior was on the end of a dangerous foul from Gabriel Paulista, who has apologised in a social media post.

Verstappen expects Hamilton title challenge 'if he has the car to do it'
Lewis Hamilton did not win a Formula One race in 2022 but Max Verstappen predicted a much tougher test in the coming season.

Potter still confident big-spending Chelsea will achieve Champions League qualification
Chelsea were held by Fulham on Friday but Graham Potter has no doubt the Blues will make the Champions League next term.

Booker 'rounding third' on recovery in further boost for Suns after Celtics victory
The Phoenix Suns earned a morale-boosting win over the Boston Celtics and had good news about the recovery of Devin Booker.

Billups lauds 'backs against the wall' Trail Blazers recovery
Chauncey Billups' Portland Trail Blazers staged a late fightback once more to overcome the Washington Wizards 124-116 on Friday.

Barcelona trip to test mentality of Sevilla side who went from Champions League to potential relegation scrap
Sevilla have been flirting with the bottom three this season. The last thing they need right now is a trip to Barcelona and Camp Nou.

Rumour Has It: Manchester City plan move for Brighton midfielder Alexis Mac Allister
Alexis Mac Allister has been one of the breakout stars this Premier League season, and the big hitters of the competition are circling.

Gareth Bale shows off impressive golf skills at AT&T Pebble Beach Pro-Am
It has been less than a month since Gareth Bale retired from professional football, and he has wasted no time finding new competition.