Shaiful Shamsudin
Mon Mar 14 2022

BARCELONA 4 OSASUNA 0
Pengurus Barcelona, Xavi, mengulangi pendirian bahawa dia sama sekali tidak pernah meragui keupayaan Ferran Torres yang mula menyinar bersama Barcelona selepas pemain antarabangsa Sepanyol itu meledak dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Osasuna.
Pemain berusia 22 tahun itu sekadar menyumbangkan satu gol dalam enam penampilan LaLiga sejak dibeli daripada Manchester City, tetapi awal pagi tadi dia menemui dua sentuhan berbisa untuk melonjakkan Blaugrana ke tempat ketiga.
Jaringan pertamanya terhasil melalui sepakan penalti selepas Gavi dikasari di kawasan kotak penalti dan dia menokok gol kedua dengan cukup tenang ketika menerima umpanan Ousmane Dembele.
Gol berganda itu -- pencapaian pertamanya dalam 78 penampilannya LaLiga -- disempurnakan daripada hanya empat percubaan dan sebelum ini pemain berusia 22 tahun tersebut sekadar mencetak satu jaringan daripada 16 percubaan sebelum ini.
Sehubungan itu, Xavi gembira dengan sumbangannya dan menegaskan dia tidak pernah sangsi bahawa Torres akan segera serasi di Camp Nou.
"Saya pernah mengatakan bahawa gol Ferran akan menyusul; cuma menunggu masa," katanya kepada pemberita.
“Segala usaha yang dicurahkan termasuk gerakan di bahagian depan membuahkan hasil.
"Saya sempat berpesan kepadanya kerana kadang-kadang dia tidak bernasib baik di depan gol tetapi hebat dalam aspek lain. Di dalam pasukan ini dia antara yang terbaik ketika di ruang kecil."
Pencapaian Barca -- kini menang 12 daripada 14 perlawanan LaLiga terakhir di tempat sendiri itu -- turut ditunjangi jaringan Pierre-Emerick Aubameyang dan Riqui Puig.
Gol Aubameyang juga diilhamkan oleh Dembele -- lima bantuan jaringan dalam empat perlawanan LaLiga terakhir -- dan gandingan itu cukup memuaskan hati Xavi yang tidak berselindung untuk menjelaskan kepentingan pemain Perancis tersebut.
"Dembele merupakan seorang pemain yang mampu membuat perbezaan melalui jaringan, umpanan dan menyusup ke dalam kawasan kotak penalti. Hari ini dia beraksi dengan sangat bagus," tambahnya.
"Jika dia beraksi, dia akan menggembirakan peminat. Orang ramai melihat bahawa pemain sanggup menggadaikan nyawa mereka demi Barca dan anda tidak boleh menipu orang ramai. Anda tidak boleh menipu Camp Nou."
Keputusan itu bermakna Barca memanjat ke tangga ketiga dan ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, Real Madrid, yang akan dihadapi dalam pertembungan 'El Clasico' di Santiago Bernabeu Isnin depan.

Gol Aubameyang pastikan Barcelona terus bersaing dalam kelompok atasan LaLiga
Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol penting buat Barcelona untuk menewaskan pesaing empat teratas, Real Sociedad, 1-1 dalam perlawanan LaLiga di Arena Reale awal pagi tadi.

Barcelona terpukul gagal atasi rintangan Cadiz
Pengurus Barcelona, Xavi, gusar selepas pasukannya terlepas peluang keemasan untuk mengukuhkan tempat kedua LaLiga.

Barcelona alih tumpuan ke kancah tempatan
Xavi menggesa Barcelona supaya "terus mempercayai projek yang diterapkannya" selepas menyaksikan anak buahnya tersingkir daripada Liga Europa, Jumaat lalu.

Liga Europa: Padang Deutsche Bank Park gugat rentak Barcelona
Xavi Hernandez menyeru penyokong Barcelona supaya menyemarakkan lagi Camp Nou bagi menyuntik barisan pemainnya selepas seri 1-1 dengan Eintracht Frankfurt dalam pertemuan pertama suku akhir Liga Europa.

Dembele tunjuk teladan tinggi di kem Barcelona
Xavi mengulangi kekagumannya terhadap tahap profesionalisme Ousmane Dembele dan pengurus Barcelona itu mengesahkan rundingan mengenai kontrak baru untuk pemain sayap tersebut sedang dijalankan.

Messi tiada dalam perancangan Barcelona -- Laporta
Kepulangan Lionel Messi ke pangkuan Barcelona bukanlah sesuatu yang difikirkan presiden kelab itu, Joan Laporta.

Ansu Fati kembali berlatih bersama Barcelona
Ansu Fati kembali berlatih secara berpasukan di Barcelona buat kali pertama sepanjang lebih dua bulan lalu.

UEL: Barcelona bangkit singkir Galatasaray
Barcelona bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Galatasaray 2-1 secara agregat, sekali gus mara ke suku akhir Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

Torres, Dembele main peranan utama kemenangan Barcelona
Pengurus Barcelona, Xavi, mengulangi pendirian bahawa dia sama sekali tidak pernah meragui keupayaan Ferran Torres yang mula menyinar bersama Barcelona selepas pemain antarabangsa Sepanyol itu meledak dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Osasuna.

Barcelona beri bayangan Haaland di luar kemampuan
Presiden Barcelona, Joan Laporta, meredakan spekulasi untuk memancing Erling Haaland di penghujung musim ini apabila memaklumkan sumber kewangan mereka belum cukup kukuh.

Heat hold out without Butler in Boston to take Game 3
The Miami Heat took Game 3 of the Eastern Conference Finals on Saturday in a 109-103 win, as an injured Jimmy Butler missed the second half.

US PGA Championship: Leader Pereira will try to 'not even look' at final-day crowds
Without a PGA Tour win, Mito Pereira leads the US PGA Championship heading into Sunday's final round after a one-under 69 on Saturday.

US PGA Championship: Woods withdraws for first time in his career
PGA Championship: Woods withdraws

US PGA Championship: Pereira steadies in chaotic conditions to lead into final round
Mito Pereira leads the PGA Championship after 54 holes at Southern Hills, shooting a one-under 69 amid difficult conditions on Saturday.

Juventus to bring in more exprience ahead of 2022-23 campaign, says Allegri
Juventus will replace the likes of Giorgio Chiellini and Paulo Dybala with similarly experienced players, according to Massimiliano Allegri.

Carlos Sainz targets home Spanish Grand Prix glory as Ferrari team-mate Leclerc takes pole
Carlos Sainz would love to land his first Formula One race win at the Spanish Grand Prix, after earning a string of points-scoring finishes.

'It's a perfect evening' - Marquinhos salutes Mbappe and Di Maria on momentous day for PSG
Marquinhos praised Kylian Mbappe and Angel di Maria for the contributions they made on what was a momentous day for Paris Saint-Germain.

Fiorentina 2-0 Juventus: Sorry send-off for Chiellini and Dybala
Long-serving Giorgio Chiellini and Paulo Dybala played for Juventus for the final time before departing for pastures new.

Freiburg 1-1 RB Leipzig (aet, 2-4 pens): Tedesco's side seal first-ever DFB-Pokal triumph
RB Leipzig bounced back from the dismissal of Marcel Halstenberg to seal a first-ever DFB-Pokal win on penalties against Freiburg.

Paris Saint-Germain 5-0 Metz: Mbappe celebrates new deal with hat-trick as champions run riot
On the day he agreed a new contract with PSG, Kylian Mbappe celebrated in style as the Ligue 1 champions swept aside a helpless Metz.