Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps, memuji 'kepentingan' Karim Benzema selepas bintang itu membantu Les Bleus menjuarai Liga Negara-Negara.

Benzema menjaringkan gol penyamaan ketika juara dunia, Perancis, bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Sepanyol 2-1 dalam aksi final di Milan.

Selepas Mikel Oyarzabal membuka jaringan, Benzema menyamakan kedudukan dengan bergaya sebeum Kylian Mbappe menyempurnakan kemenangan 10 minit sebelum tamat perlawanan.

Benzema menamatkan saingan Liga Negara-Negara selaku penjaring gol terbanyak bersama Mbappe dan pemain Sepanyol, Ferran Torres, telah mengharungi saingan di peringkat antarabangsa dengan cemerlang selepas lima tahun diketepikan di peringkat antarabangsa sebelum kembali beraksi dalam Euro 2020


"Karim adalah pemain penting, dan dia telah membuktikan selama dua perlawanan ini bahawa dia memiliki kemampuan yang cukup baik," kata Deschamps.

"Dia telah membuktikannya di peringkat kelab bersama Real Madrid, dia memiliki keinginan serta semangat untuk menang. Dia melakukannya bersama kami, berkomunikasi dengan baik bersama rakan sepasukan. Saya sangat gembira untuk semua tetapi terutama sekali untuk dirinya."