Jaminan sokongan penajaan jenama Victor perlu dijadikan sebagai penyuntik semangat buat pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, untuk bangkit dalam kejohanan akan datang.
Penganalisis sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli, berkata sokongan tersebut sudah pasti melegakan pemain berusia 25 tahun itu kerana perjalanan kerjayanya dalam badminton masih panjang dan penuh dengan pelbagai cabaran.
Justeru, katanya, Zii Jia kini boleh fokus untuk meningkatkan prestasi tanpa gangguan masalah luar gelanggang termasuk tidak perlu lagi memikirkan soal penajaan.
“Ia (jaminan tajaan) menjadi penyuntik semangat untuk Zii Jia bangkit kerana perjalanan kerjayanya masih panjang.
“Zii Jia boleh fokus untuk tingkatkan prestasi dengan jaminan yang diberikan oleh penajanya. Buat waktu ini, tidak perlu risau dengan status penajaannya,” katanya.
Menurut Pekan, reaksi daripada Victor sebagai penaja Zii Jia adalah sesuatu yang positif kerana hubungan mereka masih baru dan saling memerlukan dan dia yakin ia juga terkandung dalam syarat penajaan.
“Saya pasti hubungan ini adalah untuk jangka panjang atau mempunyai tempoh tertentu yang memberi masa munasabah buat Zii Jia mencapai sasaran yang ditetapkan.
"Kenyataan Victor ini juga mungkin sebagai ingatan kepada Zii Jia untuk terus fokus dan meningkatkan prestasinya dengan segera,” katanya.
Pekan mengulas mengenai sokongan yang akan terus diberikan oleh Victor kepada Zii Jia meskipun juara Asia itu berdepan prestasi tidak menentu.
Victor Malaysia menerusi catatan di laman sosial memberikan bayangan bahawa syarikat dari Taiwan itu, yang terlibat dalam perniagaan peralatan sukan badminton, akan kekal bersama pemain nombor dua dunia berkenaan.
“Jika prestasi Zii Jia terus merudum, penaja akan tetap terus memberi sokongan,” ciap Victor Malaysia di Twitter rasminya kelmarin.
Sukan Sinar pada Ahad melaporkan Pekan menasihati Zii Jia untuk menimbang semula keputusannya meneruskan kerjaya badminton tanpa jurulatih.
Pekan berkata jika prestasi pemain nombor satu negara itu terus merudum, ia bukan sahaja memberi tekanan kepada Zii Jia, malah mengundang masalah lain termasuk penaja mungkin menarik diri.
Ia berikutan kemerosotan prestasi pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu dalam kejohanan yang disertainya termasuk tersingkir awal dalam Terbuka Malaysia 2023.
Zii Jia sebelum ini turut dikecewakan apabila tersingkir awal dalam edisi 2019 dan 2022 Terbuka Malaysia.
Selepas keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Januari 2022, Zii Jia menandatangani kontrak penajaan bersama Victor.
BAM sebelum ini pernah berkolaborasi bersama Victor dengan menjadi penaja selama enam tahun bermula 2015 hingga 2021.
Bagaimanapun, jumlah tajaan dan tempoh kontrak Zii Jia dengan syarikat itu tidak didedahkan.
Difahamkan jumlah tajaan setahun melebihi RM1 juta dengan tempoh kontrak lebih lima tahun.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 17 2023


Hannah Yeoh sedia dengar luahan Lee Zii Jia
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, sedia menerima kehadiran semula pemain badminton negara, Lee Zii Jia, menyertai badan peneraju negara sukan itu.
.jpg?ext=.jpg)
Zii Jia perlu kaji formula terbaik buru kemenangan
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia perlu mengkaji semula formula kemenangannya tersendiri.

Aaron Chia akui gagal hadirkan prestasi terbaik
Juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terpaksa telan hakikat masih dibelenggu prestasi kurang memberangsangkan ketika aksi Jelajah Eropah baru-baru ini.

Tze Yong belum capai tahap terbaik
'Satu kemenangan tidak melambangkan standardnya', itu kata-kata jurulatih perseorangan negara, Hendrawan apabila mengenang kembali kemenangan perseorangan negara, Bg Tze Yong ke atas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen.
.jpg?ext=.jpg)
Terbuka Switzerland BWF: Soon Huat-Shevon peroleh pengajaran berguna
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mengakui mereka agak terburu-buru pada penghujung set ketiga yang menjadi punca tewas kepada pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di perlawanan akhir Terbuka Switzerland.

Zii Jia janjikan aksi lebih mantap
Kejayaan mara ke separuh akhir Terbuka Switzerland dianggap sebagai pencapaian yang baik buat pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia.

Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon bergelar naib juara
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, bergelar naib juara Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland selepas tewas kepada gandingan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di Basel sebentar tadi.

Terbuka Switzerland BWF: Soon Huat-Shevon wakil tunggal negara ke final
Goh Soon Huat-Shevon Lai menghidupkan harapan Malaysia memenangi gelaran Jelajah Dunia BWF pertama tahun ini selepas mereka mara ke final Terbuka Switzerland, selepas Lee Zii Jia dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kedua-duanya tewas di separuh akhir.

Piala Sudirman: Malaysia berentap dengan Taiwan, India di peringkat kumpulan
Skuad badminton negara akan berdepan cabaran sengit Taiwan dan India dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada Mei depan.

Terbuka Switzerland BWF: Zii Jia singkir wakil Taiwan, mara ke separuh akhir
Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia, tidak berdepan masalah mara ke separuh akhir Terbuka Switzerland selepas menyingkirkan pemain kurang ternama dari Taiwan, Lee Chia Hao.

Andreescu tore ankle ligaments in Miami as US Open winner gives update on WTA Tour lay-off
Bianca Andreescu suffered an agonising ankle injury before undergoing scans at the Miami Open, and now the results are in.

'I felt like Giannis!' – Holiday revels in ending 14-year wait for 50-point game
Jrue Holiday had never scored 50 points in a game, but that wait ended with a stellar showing against the Indiana Pacers.

Van Dijk can keep Haaland quiet, says Keane
Erling Haaland is Europe's most prolific goalscorer this season, but Robbie Keane has backed Virgil van Dijk to keep him quiet.

I hope Klopp never, never leaves Liverpool, says Reds legend Dudek
Jurgen Klopp's future has been called into doubt amid Liverpool's issues this season, but Jerzy Dudek insists he will inspire a turnaround.

Predicting Europe's big five leagues: what Stats Perform's supercomputer says
Europe's big five leagues are about to enter the home straight, so Stats Perform's supercomputer has predicted their outcomes.

IPL 2023 preview: Buttler aims to serve up a repeat as new season could be Dhoni's last act
Jos Buttler produced one of the great IPL series last year, although it ended in disappointment when Rajasthan Royals lost in the final.

Harden leads 76ers' late run as Mavs suffer playoffs blow, Durant returns and Kings end 17-year drought
The Dallas Mavericks spurned a crucial win in the playoffs race as the Philadelphia 76ers put together a late 10-0 run to take victory.

Randle to be evaluated after exiting Knicks win with ankle sprain
Julius Randle missed the second half of Wednesday's win after suffering an ankle sprain on the eve of the playoffs.

Sinner advances to maintain excellent Miami Open form, evening session cancelled due to rain
Jannik Sinner backed up his recent Indian Wells semi-finals appearance with progress to the final four on a wet day in Miami.

Cirstea stuns second seed Sabalenka in straight sets in Miami Open quarters
Miami Open favourite Aryna Sabalenka was toppled in the last eight by Sorana Cirstea, before rain halted the evening session in Miami.